Tuesday 17 February 2015

PENGALAMAN PAKAI SUSUK MODEN ATAU IMPLANON

Terdapat banyak kaedah merancang keluarga antaranya penggunaan susuk moden atau implanon. Merancang keluarga bukan sesuatu yang baru di zaman sekarang. Tapi bagi saya agak baru dan mengelirukan kerana sebelum ni kaedah yang digunakan agak tidak menjadi. Maklum le, tak konsisten dan tak berdisiplin.:) 

Kotak Implanon sebelum dibuka
Jadi, memandangkan anak sudah 3 dalam tempoh 4 tahun, rasanya perlu untuk kami memikirkan kaedah merancang keluarga yang lebih efektif, mudah, berkesan, dan selamat insyaAllah. Bila pilih kaedah merancang keluarga, yang paling penting bagi saya ialah ia tak menggangu penyusuan susu ibu atau bf friendly kata orang putih. 

Implanon ialah sejenis alat yang dimasukkan di bawah kulit (lengan) yang mengandungi hormon progesteron untuk mencegah kesuburan penerima. Kaedah perancang keluarga ini tidak kekal dan bersifat sementara untuk menjarakkan kehamilan sehingga 3 tahun.Selepas itu ia harus ditanggalkan.

mak aih..besar gedabak alatnya..

Gambar ihsan google..lebih kurang macam ni gak saya diperlakukan..cuma saya tak baring, duduk kat kerusi je.
 membership card..haha..

sebagai peringatan supaya tak lupa selepas 3 tahun.

Hukum pakai implanon?
Semasa google search saya terjumpa artikel Dr Zubaidi yang menyebut tentang muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan kali ke 28 yang membincangkan secara khusus tentang implanon ini, dan Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan kali ke 12 dimana membincangkan kaedah perancangan keluarga secara keseluruhan,
'Islam memberi keharusan sekiranya ada sebab-sebab syar'ie seperti isteri terlalu lemah kerana sakit atau salah seorang pasangan membawa penyakit keturunan atau kehamilan yang kerap boleh membawa kesan kepada jiwa dan kesihatan isteri.'

Pengalaman saya pakai susuk moden aka implanon? 
Tengok saiz jarum tu memang sangat mengerikan. Jadi, anda yang alahan pada jarum dinasihatkan jangan tengok. saya yang tiap2 hari inject patient pun tak sanggup nak tengok lengan sendiri kena inject.hehe

Sakit ke pakai implanon?
Part yang sakit tu masa inject LA (local anaesthetic) atau bius setempat. tapi alah... sakit macam gigit semut gitu.. (ayat saya memujuk budak sekolah sebelum suntik gusi diorang) tapi betul lah, banding dengan sakit bersalin tu memang hujung kuku je yang ni..Semasa alat implanon tu dimasukkan ke bawah kulit memang tak rasa apapun dah sebab kulit dah kebas. Lepas tu, bahagian lengan akan dibalut dengan bandage..Keseluruhan procedure sekejap sangat, dalam 10 minit je kot. Dan lepas tu boleh terus balik rumah. (saya drive sendiri je).
Cuma..dalam seminggu awal terasa juga kesan lenguh dan agak lebam di kawasan Implanon dimasukkan. Jangan bimbang,tak sakit sangat pun..:) 

Pakai implanon boleh gemuk? 
Yang ni paling saya takut. walaupun ramai yang tegur saya sekeping je lepas bersalin ni, tapi saya rela sekeping dari gemuk.hehe..Sekarang baru 2 minggu pakai implanon, so belum valid lagi kot nak buat comparison. maybe kita tengok lepas sebulan? tapi kan.. yang saya perasan, memang asyik rasa nak makan dan berselera lepas pakai implanon ni.. ke bias je? kita tunggu.. ok? 

Berapa kos / harga Implanon?
Free of charge! Alhamdulillah, selamat duit saya..hehe.. Oh ya, saya pakai implanon ni dengan kakak saya sendiri, Dr Hasni Ibrahim di Klinik Kesihatan Selising. So, lebih confident di situ sebab kakak kan..So, apalagi..jom serbu KK Selising for free Implanon. :)

Secara konklusinya, dapatkan susuk moden anda hari ini. Semoga perkongsian pengalaman saya pakai susuk moden atau Implanon ni memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda supaya tak takut dan tak ragu-ragu lagi. :) InsyaAllah berkesan sehingga Anesa berumur 3 tahun. :P


Offer menarik dan free gift special sepanjang Fabulous February sempena Tahun Baru Cina 2015.


*********************************************************************
Hafizah Ibrahim
019-9765052 (call / sms / whatsapp)
Shaklee ID 972035
email: istadiniey@gmail.com



Ingin menjana pendapatan dari rumah bersama kami?
Klik di SINI        

Kawasan COD adalah Bachok, dan sekitar Kota Bharu dan kawasan lain boleh dirunding. InsyaAllah stok sentiasa ada :) Perundingan dan penghantaran (COD) juga secara PERCUMA :)


No comments :

Post a Comment